Thursday, February 11, 2010

Anwar Ibrahim

Assalamualaikum wbth.

Saudara/i di luar sana, saya sengaja meletakkan nama Anwar Ibrahim pada tajuk artikel ini dengan harapan supaya orang mudah menemuinya.

Adapun maksud artikal ini ialah untuk mengajak saudara/i berfikir dan bertindak dalam lingkungan yang tidak keterlaluan dan semoga tidak mendatangkan kemurkaan Allah. Dalam soal kes Anwar Ibrahim pada saat ini yang sedang dibicarakan di mahkamah atas kes liwat saya nak mengajak saudara/i supaya tidak membuat dosa dengan mengatakan bahawa beliau adalah seorang peliwat dengan mempercayai bahawa beliau telah meliwat Saiful. Bukan kerana saya menyebelahi dia, tidak. Saya hanya melihat dia sebagai seorang insan muslim. Justeru, dia adalah saudara kita. Saiful juga adalah saudara semuslim kita.

Tetapi antara kedua insan itu ada bezanya. Seorang menuduh diliwat dan seorang lagi kata dia tidak meliwat.

Saudara/i, kes yang mengaibkan seperti ini seharusnya didiamkan tetapi tidak bermakna dibiarkan. Ia boleh menjatuhkan maruah seseorang sama ada Anwar ataupun Saiful itu sendiri. Ada contoh2 dalam Islam yang menganjurkan supaya kes yang tidak jelas (hanya dakwaan tanpa saksi) jangan diheboh-hebohkan. Tetapi apa yang berlaku hari ini sudah jauh daripada anjuran itu dan tentunya yang paling dahulu boleh dipersalahkan ialah mereka yang meyiarkannya di dalam media massa (TV, radio, surat khabar dan internet). Saya pernah menontonnya. Beliau (Najib) mesti meminta maaf kepada Anwar dan Saiful dan bertaubat kepada Allah.

Keduanya, Kitatidak tahu apakah benar Saiful diliwat oleh Anwar ataupun tidak. Allah maha tahu. Andai kata Anwar benar2 meliwat, maka itu urusan dia dengan Allah. Dialah yang akan menanggung dosanya dan kita tidak tersubahat. Tetapi sekiranya Anwar tidak meliwat Saiful dan ini hanyalah kisah dongeng yang direka-reka dan kita pula percaya bahawa ia benar-benar berlaku disebabkan oleh kebijakan pihak-pihak tertentu memperlihatkan ia benar berlaku, maka kita telah berdosa. Sememangnya orang yang buat cerita bohong atau buat fitnah itu tetap berdosa tetapi sekurang-kurangnya kita tidak terlibat berdosa sekiranya kita tidak mempercayainya.

Nah, saya kira maksud saya jelas iaitu jangan mudah percaya kepada sesuatu dakwaan. Kalau kita tak percaya, bersangka baik dan serahkan kepada Allah, insyaAllah kita akan dapat pahala tetapi jika kita bersangka buruk terhadap Anwar Ibrahim dan kalau ia benar tidak berlaku maka saya khuatir kita juga terjerumus dalam kancah dosa atas dasar bersubahat. Kita bercerita pula dgn orang lain (kawan2 dsb) seolah-olah meyakinkan kepada orang lain yang Anwar bersalah, maka akan bertambahlah dosa kita kerana kita juga telah menyebarkan fitnah. Jadi, lebih baik tak percaya, biar apapun orang lain kata. Hal ini nampak mcm kecil tetapi perhitungan Allah itu sangat halus, tak ada apa yang akan terlepas.

Justeru, berhati-hati apabila bercakap dan mengulas sesuatu isu terutamanya yang melibatkan soal maruah. Apatah lagi perkara yang tidak jelas.

Sekian, minta maaf kalau menyinggung. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri.

Al-hakir Ilallah.

Monday, June 29, 2009

Hello world

Assalamualaikum warahmatullahhi wa barokaatuh

Dear muslim and muslimah around the world, we are brothers and sisters. We are more than a friend. This is my first try to blogging, hope you can follow and enjoy my blog.

Wassalam.